I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 30 September 2011

raba payudara utk elak ganguuan hantu >.<"

Hi u'ols . bosang2 ! masa aku belek2 blog seorg sahabat aku ad terjumpa artikel nie.. keke . selamat membaca ya :) Bajet je lebih tajuk artikel ini tapi jangan tertipu! Ini betul-betul berlaku, untuk membuktikan baca artikel di bawah. Hahahaha


” Sebagian masyarakat China percaya bahawa ketika seorang wanita single ingin bebas dari gangguan hantu pada bulan ini, mereka harus meminta bantuan lelaki single lainnya untuk menyentuh payudara mereka. “
Errrkkk…Bestnya lelaki single di negara China kan .. Siap diberi peluang untuk raba payudara wanita yang ” suci ” dan single..Kalau macam tu,aku pun nak…Hahaha..Ok,kita baca berita penuh pasal isu menyentuh payudara ni ye…:)




Menurut kalender Bulan Cina, mulai dari 31 Julai kelmarin kita telah memasuki bulan Hantu, atau disebut juga Bulan Hantu Lapar, bulan ini bukanlah sebuah bulan yang baik menurut mereka, kerana pada bulan ini mereka meyakini arwah-arwah orang yang sudah mati akan bebas bergentayangan di Bumi. Namun mereka meyakini ada satu cara agar para wanita tidak diganggu oleh arwah-arwah ini, iaitu meminta para lelaki menyentuh payudara mereka.
Para warga di kota Ejia, Yunnan yang masih single akan mengikuti Festival Menyentuh Payudara pada hari ke 14, 15 dan 16 pada bulan Hantu ini. Selama tiga hari tersebut, para lelakinya diperbolehkan menyentuh payudara wanita.


Menurut para ahli spiritual setempat, pada bulan ini para arwah orang mati tidak boleh beristirahat dengan tenang kerana mereka belum pernah menyentuh seorang wanita sebelumnya. Mereka menginginkan 10 gadis ‘suci dan belum tersentuh’ untuk menemanimereka ke dunia kematian. Nah agar para wanita itu tidak menjadi sasaran target, mereka yang berusia 15 tahun keatas akan meminta para lelaki untuk menyentuh payudara mereka.


Kebudayaan ini konon sudah berjalan semenjak Dinasti Sui (Tahun 581 – 619 Masehi), dimana ketika itu banyak pemuda dari suku Yi tewas dalam peperangan. Dari masa itulah, untuk menyenangkan para arwah yang sudah mati namun masih upacara ini mulai secara rutin dilakukan dan diteruskan dari generasi ke generasi. 

Agak-agak korang la kan,kalau di Malaysia buat festival macam ni mesti ramai mamat-mamat setuju kan ?


pipit >.<"

Khitbah / tunang >.<"

hey kawang ! assalamualaikum :) ri nie aku nk share ap itu pertunangan di sisi islam . selamat membaca dan mengelike :p
Pertunangan adalah langkah permulaan kepada perkahwinan. Lazimnya pertunangan adalah mengikut adat dalam sesuatu masyarakat. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pertunangan seharusnya dilakukan . Ia dibenarkan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas hukum syarak.
Pertunangan yang diamalkan oleh masyarakat Islam kini membawa banyak faedah dan kebaikan kepada pasangan yang bertunang. Hal ini kerana ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak.
Begitu pun, pertunangan tidak menghalalkan hubungan seperti suami isteri. Perkara ini bermakna walaupun pasangan itu telah bertunang, batas yang ditetapkan oleh hukum syarak hendaklah dipatuhi.
Bertukar-tukar hadiah secara tidak langsung membawa kepada perasaan saling hormat menghormati dan menjalinkan kemesraan sebelum mempelai itu diikat melalui talian perkahwinan.
Majlis pertunangan tidak dinyatakan dengan terperinci dalam Islam. Namun adat yang diamalkan itu boleh juga dianggap sebagai undang-undang Islam kerana ia bersumberkan kepada adat.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud sesuatu yang dianggap baik oleh umat Islam maka adalah baik di sisi Allah.
Apabila seseorang itu sudah bertunang, ini bermakna dia telah mengikat suatu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian pertunangan dan mengharapkan suatu masa yang ditentukan nanti mereka akan berkahwin. Bagaimanapun, ada kalanya perjanjian pertunangan ini tidak ditunaikan sama ada dengan sengaja atau melalui paksaan.
Akibat daripada putusnya perjanjian pertunangan itu, mesti ada pihak yang menanggung malu dan perasaan tertipu seperti yang aku alami.  
: hidup mesti teruskan , macam lah perempuan tu seorang saja . insyaAllah , aku akan dapat yg lebih baik . i hope :) - amin-

Thursday 29 September 2011

c.i.n.t.a b.u.k.a.n.g s.e.g.a.l.a.n.y.a

hey malam jumaat . bosang sgt2 . alonk nk share luahan hatim yg x seberapa ini :)
...Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir.. Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Dan selalunya kita tidak menduga bila datangnya satu perasaan yang digelar cinta itu hadir.. Dan ada satu tika cinta itu datang, kita langsung tidak menyedari hinggakan pada satu saat bila kita lepaskan seseorang.. Di saat itulah baru kita tahu dan sesal tiada gunanya lagi.. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam.. Dan seolah olah dunia tidak adil pada kita.. Memberi kita satu tekanan yang kita rasakan kita tidak mampu untuk ditanggung.. Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu.. Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka.. Kerana jauh mana kamu menjauhi, tetap kamu dalam kehormatanku.. Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku.. Kerana luka dalam sakit merindui itu amat letih dan sayu menyelami hari mendatang. Dan semakin lama jiwa kan lebih sayu.. Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita.. Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNYA akan lebih menjamin dunia dan akhirat . 
pipit >.<"

Wednesday 28 September 2011

cinttan lah sgt >.<"

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takda, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa   pipit >.<"

Monday 26 September 2011

hey sahabat ! Assalamualaikum :) hari ni aku nk share about kehilangan . selamat membaca . >.<" 
 "Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan". Itulah kata-kata azimat dari seorang sufi kepadaku satu ketika dulu. Pada masa itu, aku tidak dapat menerima kebenaran kata-kata itu. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kita manusia tidak dapat lari dari kehilangan dalam hidup.

Ya, aku insan lemah dan naif. Kehilangan adalah sesuatu yang asing bagi diriku. Aku tidak mampu untuk menanggung sakitnya kehilangan ketika itu. Aku belum cukup matang untuk mengharungi dugaan hidup.

Tapi, itu dulu. Itu sebelum aku mempelajari makna sebenar kehidupan. Itu sebelum aku merasa pahit manis kehidupan. Aku belum cukup ilmu dan pengalaman untuk menjadi lebih matang.

Kini, aku tidak lagi lemah. Aku tidak lagi naif. Aku mengerti akan pentingnya kehilangan dalam kehidupan. Aku mengerti akan kepentingan rasa kehilangan dalam mematangkan akal fikiran. Aku mengerti akan pentingnya pengalaman kehilangan dalam mengharungi cabaran hidup yang pelbagai.
Ya, kita perlu merasa kehilangan untuk merasa kebahagiaan. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa kebahagiaan yang sebenar. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa nikmat hidup yang sempurna. 



-Wahai mukmin.. Bersabarlah.. Tenangkanlah diri.. Pupuklah sifat redha di hati.. Semoga Allah beri kita kekuatan diri dan ketabahan jiwa dalam menelusuri rasa kehambaan sepanjang perjalanan hidup ini.. Semoga bermanfaat..-
pipit >.<"

Friday 23 September 2011

18 SX itu normal kew ? >.<"

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu,
dia terus mengusap-usapbatang tersebut,
kelihatan air putih mengalir keluar.
Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu,
hatinya puas dansemangatnya semakin berkobar-kobar,
jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.
Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk
"bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan,
dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu
dan menyedut keluar sedikit susu ...
"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas"
Anak Zamrul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar 
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut.
Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks....jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorangyang normal..Tapi jangan terlebih pikir 18SX jer?ANDA MACAM MANA? pipit normal.....hehe >.<"
hi guys ! sihat2 semua ? bahagia2 belaker ? semoga kalian berada dalam keadaan yg terbaik :)

tiba2 ibu jari pipit mengigil , air mata mengalir pelahan dipipi yg ketandusan air buat sekian lamanya . Bila terkenangkan org yg paling pipit sayangi , cintai , sanjungi dan hormati pergi meningalkan pipit buat selama - lamanya . AL FATIHAH , buat nenek tersayang , 'zubaidah' .. semoga roh beliau disamping org yg beriman dan beramal soleh . amin .

kejadian ini berlaku dua tahun yg lepas , masa tu .. hari cuti . pipit berada di kemaman , terengganu .. pipit dapat pgilan dari ibu ., ibu kata " baliklah jika nk jmpa tok ( nenek ) .. nenek dah nazak .. masa tu , hanya tuhan sahaja yg tahu . ap perasaan pipit masa tu . pipit drive dari kemaman ke kuala terengganu ( umah ibu ) dengan member pipit, sampai disana ( malam ) .. pipit tgk atok sedang membaca surah YASSIN . adik pipit ( angah - semut mayat ) sedang ajar nenek mengucap . pipit sampai jew . air mata yg mula2 mengalir dipipi . pipit salam , kucup nenek .. nenek sempat menberi beberapa nasihat yg alonk x kan lupa sampai bila2.. sedih melihat keadaan org yg kita cintai , terlantar terbujur kaku .. hanya suara yg serak2 kedengaran . nenek kata nak air .. pipit suapkan air ..pipit ucap kepala nenek . pipit tatap wajah nenek . pipit sayangkan nenek :)

masa nk hantar member pergi umah kawan dia , alonk dapat satu kol dari ibu .. mak kata " alonk pergi mana " , pipit kata " pergi hantar member balik umah kawan dia" . mak kata , "kenapa tinggalkan tok ? " tok dah xdew .. inalillah . . bayangkan ap perasaan korang .. org yg korang sayangi pergi buat selamanya .. nenek pipit meninggal dunia sbb penyakit barah hati . AL FATIHAH buat tok bedah . ilysm <3

-kita lahir kedunia dgn tangisan dan kita pergi meninggalkan dengan tangisan org lain - | pipit >.<"

Thursday 22 September 2011

ibu JARI ku :)


Letak MALU pada PANDANGAN...Letak MALU pada PERCAKAPAN...Letak MALU pada PENDENGARAN..Letak MALU pada PERBUATAN...Barulah dikatakan MALU sebahagian drpd IMAN.


Segagah manapun diri,
bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia jika tiada iman di dada.Walau setinggi langitpun ilmu,bukanlah bijaksana jika tak diamal dan diguna.Sealim manapun akhlak, bukanlah ulama jika takbur dan riya’a

"Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah."


” Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”


Jika sesuatu menimpa kamu, maka jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini tentu akan jadi begini, Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki , kerana sesungguhnya "kalau" itu membuka
peluang syaitan bertindak"


Janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan,
tapi bimbanglah andai imanmu semakin berkurangan.Janganlah kamu bimbang andai kamu tak rupawan, tapi bimbanglah andai akhlakmu murahan.

Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada wanita jika kalian tidak berniat untuk melamarnya.Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada lelaki jika kalian berniat untuk melukakan hati beliau.Jangan kau sentuh hati perempuan yg bukan mahram jika kau belum sedia menikahnya.

apabila kita sudah keterbiasaan membantu orang susah kita akan cuba usahakan membantu orang yang itu biar pon kita juga orang yang susah.


☆ Murah pada matanya, apabila dia memandang wanita yang tidak halal semahunya.
☆ Murah pada tangannya, apabila dia memegang wanita yang tidak halal sebebasnya. ☆ Murah pada hatinya, apabila dia membayangkan wanita yang tidak halal semasa tidurnya.. ☆ Oleh itu,mahalkanlah DIRIMU Duhai Lelaki..Pilihan Itu Terletak Di Tanganmu




pipit hanya mahukan ini :)

Assalamualaikum dan Selamat malam kepada semua yang menziarahi 'BELOG PIPIT' . Terima kasih PIPIT ucapkan :)
Kemahuan lelaki sering dikhususkan berkaitan dengan hubungan intim sahaja. Sedangkan lelaki juga adalah manusia biasa yang memerlukan sentimen-sentimen lain untuk melengkapkan kehidupan mereka.  Tetapi ia sering tidak diendahkan oleh wanita kerana merasakan lelaki tidak perlu sikap sebegini. Hanya memikirkan wanita sahaja yang layak untuk menerima layanan sebagini. Pada dasarnya, pasti akan ramai lelaki yang bersetuju bahawa mereka juga mempunyai keinginan yang dinyatakan tetapi tidak diluahkan kepada pasangan mereka. Ini kerana lelaki lebih suka untuk difahami berbanding daripada memberitahu apa yang harus dilakukan.
Kejutan- Seperti wanita juga, lelaki amat suka apabila menerima kejutan terutamanya pada hari-hari bersejarah mereka. Ia tidak semestinya berbentuk hadiah, cukup sekadar menunjukkan penghargaan kepada mereka. Bukan wanita sahaja yang sukakan kejutan. Seorang lelaki juga akan lebih mudah untuk terharu sekiranya menerima kejutan daripada pasangan mereka. Mungkin mereka tidak dapat mengekspresikan perasaan mereka sama seperti apabila wanita menerima kejutan, tetapi sebenarnya mereka amat menghargai apa yang anda lakukan.
Sentuhan yang tidak disangka- Tidak dinafikan lelaki amat gemar untuk menyentuh wanita. Pada kebiasaannya lelaki yang akan mulakan untuk menyentuh wanita. Tetapi lelaki juga amat sukakan terhadap sentuhan yang tidak mereka sendiri sangkakan. Sebagai contoh, apabila wanita berasa takut wanita akan secara automatik menyentuh seseorang lelaki itu, lelaki amat sukakannya kerana merasakan mereka adalah wira sejati.
Pujian- Siapa yang tidak sukakan pujian? semua orang akan menyukainya. Begitulah juga seorang lelaki. Tambahan pula pujian diberikan oleh pasangan mereka. Sesekali lelaki juga harus dipuji untuk meningkatkan semangat mereka. Sebagai contoh, ketika suami ingin pergi kerja, berikan pujian bahawa mereka kelihatan kacak pada hari ini. Pasti suami anda lebih bersemangat di tempat kerja.
Layanan istimewa- Seorang lelaki amat sukakan layanan yang istimewa terutamanya daripada pasangan mereka. Pada kebiasaannya, lelaki tidak suka sekiranya cara wanita berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain digunakan di dalam perhubungan mereka. Sebagai contoh, mungkin seseorang wanita apabila bersama rakan-rakan mereka menggunakan nama panggila yang kasar seperti ‘kau’ dan ‘aku’. Lelaki tidak sukakannya untuk digunapakai didalam hubungan mereka. Ini adalah kerana mereka sukakan sesuatu yang istimewa.
Perhatian- Adakah anda merasakan lelaki dengan sengaja sanggup melakukan sesuatu untuk mengharukan hati seseorang wanita? Pasti tidak, mereka melakukan sesuatu kerana inginkan perhatian daripada seseorang wanita. Ini bukan bermakna mereka tidak ikhlas melakukan sesuatu untuk pasangan mereka, tetapi cukup dengan sekadar perhatian anda terhadap mereka. Mereka pasti akan lebih rasa dihargai sekiranya mendapat perhatian yang cukup daripada pasangan mereka.
Sokongan- Mungkin ramai yang ketahui bahawa disebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita berada dibelakangnya untuk menyokong terhadap apa yang mereka lakukan. Sokongan wanita terutamanya daripada pasangan amat bermakna untuk seorang lelaki. Pasti mereka akan lebih bersemangat untuk mengejar apa yang mereka impikan. Sentiasalah memberi sokongan terhadap lelaki kerana dengan sokongan yang anda berikan mampu untuk mengubah sikap seorang lelaki itu. Mungkin sifat lelaki kasar pada luarannya, tetapi sekiranya diberikan sokongan yang berterusan, mungkin lambat laun ia akan lembut juga. Kesabaran amat diperlukan.    toce - toce kerana sudi bazirkan masa di sini :)
- pipit >.<"

Wednesday 21 September 2011

maafkan aku :)

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA :)  


Dikesempatan ini ....PIPIT ingin memohon ampun dan maaf pada sesiapa saja....teman2 blogger......silent riders atau sesiapa saja yg rajin singgah mengintai2 apa aktiviti yang PIPIT lakukan di sini..PIPIT memohon ampun dan maaf jika sekiranya ada entry2 PIPIT yang sebelum ini menyinggung mana2 pihak tanpa sengaja dan disengajakan...PIPIT hanya insan biasa yang serba kekurangan...kadang2 bila tertekan, di sini tempat PIPIT luahkan segalanya tanpa aku sedar ada hati2 yang sakit atau marah dengan tulisan PIPIT..maafkan PIPIT sekali lagi...maafkan PIPIT, maafkan PIPIT, maafkan PIPIT :(

kesedihan BUKAN kepedihan :)

Bersedih boleh meminimakan nilai hidup.. Kenapa perlu bersedih? Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut situasi dan keadaan..
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadi kenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam.. Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..
Kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat.. Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan.. Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik suatu hari nanti mungkin..
Sedih itu pilihan? Salah! Aku tak setuju.. Memang perlu bersedih tapi bukan menjadikannya pilihan..
Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah! Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan kegembiraan bukan?
Dulu aku sangat hirau dengan sekeliling.. Semua ambil pusing.. Setiap kata aku simpan, setiap cacian aku sematkan.. Tapi semuanya bukan kearah kecermelangan kegemilangan dan keterbilangan.. Semuanya bersifat kebencian kedengkian dan kelakhanatan.. Akhirnya aku biarkan mulut busuk itu terus menyebarkan ketengitannya tanpa aku menhirup baunya..

PIPIT ad beberapa soalan :
1. perlukan kesedihan itu dipendam ?
2. ap kesannya ? baik atau buruk ?
3. berikan sebab .. plz :)


Saturday 17 September 2011

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,” jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT.


Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.                      pipit  ^^,

Friday 16 September 2011

kesedihan dan tangisan


hey , bosang sangat rinie . nk share sket tgg masalah ataw situasi yg kita sering alami iaitu kesedihan ataw tangisan :) 
Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya. Ada waktu , memang manusia akan merasakan kesedihan . Ad waktu yg sedih dgn rupa paras , sedih dgn kejadiannya , sedih mengenangkan nasibnya dan sedih dgn cara hidupnya. tidak kurang juga yg sedih dgn dirinya yg lemah , keimanan yg rendah , ibadahnya yg sedikit dan sebagainya . :) sesengguhnya seorg hamba Allah itu x sepatutnya bersedih terlalu lama ,kerana allah senantiasa ad disisinya dan kesdihan bukanlah cara seorg hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.




Bg pipit , ad 10 jenis tangisan .
  • menangis kerana terlalu sedih
  • menangis kerana terasa hina dan lemah
  • menangis kerana mengikut-ikut org menangis ( sahabat sejati kot)
  • menangis utk dapat belas kasihan org ataw simpati
  • menangis org munafik (pura2 menangis)
  • menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
  • menangis kerana rasa takut
  • menangis kerana cinta ( nie pipt pon pernah ) >.<"
  • menangis kerana gembira
  • menangis kerana menghadapi penderitaan                                                                      







Thursday 15 September 2011

bila rasa bersedih :(






  • Bila kita sedih kita tak nak orang lain mengungkit tentang kesedihan kita..
  • Bila kita sedih kita tak nak orang lain terlampau simpati pada kita..
  • Bila kita sedih kita tak nak dengar orang lain nasihatkan kita..
  • Bila kita sedih takde ape pun nasihat yang boleh buat kita gembira..
  • Bila kita sedih kita rasa benci pada orang yang gembira dengan kesedihan kita..
  • Bila kita sedih kita rasa nak lempang orang yang berkata relaks laa jangan nangis lagi..
  • Bila kita sedih takde satu perkataan pun yang dapat menggambarkan kesedihan kita..
  • Bila kita sedih kita rasa tiada orang yang boleh fahami perasaan kita..
  • Bila kita sedih kita rasa tak nak diganggu.. 
  • Bila kita sedih kita rasa nak dibelai dan disayangi..
  • Bila kita sedih kita cuma nak layan kesedihan kita dengan menangis dan mengenang..
  • Bila kita sedih kita harap rasa sedih itu akan hilang detik demi detik..Bila kita sedih sebenarnya kita tak perlukan perkara lain selain masa...sebab masa itulah akan mengubat kesedihan itu.
pipit >.<

karangan BAYI :)

ASSAALAMUALAIKUM :)


CHECK THIS OUT !


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.
Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.
PIPIT >.<"

kata cinta pipit

  • Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
  • Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
  • Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
  • Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  • Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
  • Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
  • Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
  • Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
  • Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
  • Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
  • Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
  • Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  • Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
  • Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  • Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Tuesday 13 September 2011

kegagalan dan kita =)

  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.