I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 30 September 2011

Khitbah / tunang >.<"

hey kawang ! assalamualaikum :) ri nie aku nk share ap itu pertunangan di sisi islam . selamat membaca dan mengelike :p
Pertunangan adalah langkah permulaan kepada perkahwinan. Lazimnya pertunangan adalah mengikut adat dalam sesuatu masyarakat. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pertunangan seharusnya dilakukan . Ia dibenarkan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas hukum syarak.
Pertunangan yang diamalkan oleh masyarakat Islam kini membawa banyak faedah dan kebaikan kepada pasangan yang bertunang. Hal ini kerana ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak.
Begitu pun, pertunangan tidak menghalalkan hubungan seperti suami isteri. Perkara ini bermakna walaupun pasangan itu telah bertunang, batas yang ditetapkan oleh hukum syarak hendaklah dipatuhi.
Bertukar-tukar hadiah secara tidak langsung membawa kepada perasaan saling hormat menghormati dan menjalinkan kemesraan sebelum mempelai itu diikat melalui talian perkahwinan.
Majlis pertunangan tidak dinyatakan dengan terperinci dalam Islam. Namun adat yang diamalkan itu boleh juga dianggap sebagai undang-undang Islam kerana ia bersumberkan kepada adat.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud sesuatu yang dianggap baik oleh umat Islam maka adalah baik di sisi Allah.
Apabila seseorang itu sudah bertunang, ini bermakna dia telah mengikat suatu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian pertunangan dan mengharapkan suatu masa yang ditentukan nanti mereka akan berkahwin. Bagaimanapun, ada kalanya perjanjian pertunangan ini tidak ditunaikan sama ada dengan sengaja atau melalui paksaan.
Akibat daripada putusnya perjanjian pertunangan itu, mesti ada pihak yang menanggung malu dan perasaan tertipu seperti yang aku alami.  
: hidup mesti teruskan , macam lah perempuan tu seorang saja . insyaAllah , aku akan dapat yg lebih baik . i hope :) - amin-

No comments:

Post a Comment