I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 30 September 2011

raba payudara utk elak ganguuan hantu >.<"

Hi u'ols . bosang2 ! masa aku belek2 blog seorg sahabat aku ad terjumpa artikel nie.. keke . selamat membaca ya :) Bajet je lebih tajuk artikel ini tapi jangan tertipu! Ini betul-betul berlaku, untuk membuktikan baca artikel di bawah. Hahahaha


” Sebagian masyarakat China percaya bahawa ketika seorang wanita single ingin bebas dari gangguan hantu pada bulan ini, mereka harus meminta bantuan lelaki single lainnya untuk menyentuh payudara mereka. “
Errrkkk…Bestnya lelaki single di negara China kan .. Siap diberi peluang untuk raba payudara wanita yang ” suci ” dan single..Kalau macam tu,aku pun nak…Hahaha..Ok,kita baca berita penuh pasal isu menyentuh payudara ni ye…:)




Menurut kalender Bulan Cina, mulai dari 31 Julai kelmarin kita telah memasuki bulan Hantu, atau disebut juga Bulan Hantu Lapar, bulan ini bukanlah sebuah bulan yang baik menurut mereka, kerana pada bulan ini mereka meyakini arwah-arwah orang yang sudah mati akan bebas bergentayangan di Bumi. Namun mereka meyakini ada satu cara agar para wanita tidak diganggu oleh arwah-arwah ini, iaitu meminta para lelaki menyentuh payudara mereka.
Para warga di kota Ejia, Yunnan yang masih single akan mengikuti Festival Menyentuh Payudara pada hari ke 14, 15 dan 16 pada bulan Hantu ini. Selama tiga hari tersebut, para lelakinya diperbolehkan menyentuh payudara wanita.


Menurut para ahli spiritual setempat, pada bulan ini para arwah orang mati tidak boleh beristirahat dengan tenang kerana mereka belum pernah menyentuh seorang wanita sebelumnya. Mereka menginginkan 10 gadis ‘suci dan belum tersentuh’ untuk menemanimereka ke dunia kematian. Nah agar para wanita itu tidak menjadi sasaran target, mereka yang berusia 15 tahun keatas akan meminta para lelaki untuk menyentuh payudara mereka.


Kebudayaan ini konon sudah berjalan semenjak Dinasti Sui (Tahun 581 – 619 Masehi), dimana ketika itu banyak pemuda dari suku Yi tewas dalam peperangan. Dari masa itulah, untuk menyenangkan para arwah yang sudah mati namun masih upacara ini mulai secara rutin dilakukan dan diteruskan dari generasi ke generasi. 

Agak-agak korang la kan,kalau di Malaysia buat festival macam ni mesti ramai mamat-mamat setuju kan ?


pipit >.<"

Khitbah / tunang >.<"

hey kawang ! assalamualaikum :) ri nie aku nk share ap itu pertunangan di sisi islam . selamat membaca dan mengelike :p
Pertunangan adalah langkah permulaan kepada perkahwinan. Lazimnya pertunangan adalah mengikut adat dalam sesuatu masyarakat. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pertunangan seharusnya dilakukan . Ia dibenarkan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas hukum syarak.
Pertunangan yang diamalkan oleh masyarakat Islam kini membawa banyak faedah dan kebaikan kepada pasangan yang bertunang. Hal ini kerana ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak.
Begitu pun, pertunangan tidak menghalalkan hubungan seperti suami isteri. Perkara ini bermakna walaupun pasangan itu telah bertunang, batas yang ditetapkan oleh hukum syarak hendaklah dipatuhi.
Bertukar-tukar hadiah secara tidak langsung membawa kepada perasaan saling hormat menghormati dan menjalinkan kemesraan sebelum mempelai itu diikat melalui talian perkahwinan.
Majlis pertunangan tidak dinyatakan dengan terperinci dalam Islam. Namun adat yang diamalkan itu boleh juga dianggap sebagai undang-undang Islam kerana ia bersumberkan kepada adat.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud sesuatu yang dianggap baik oleh umat Islam maka adalah baik di sisi Allah.
Apabila seseorang itu sudah bertunang, ini bermakna dia telah mengikat suatu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian pertunangan dan mengharapkan suatu masa yang ditentukan nanti mereka akan berkahwin. Bagaimanapun, ada kalanya perjanjian pertunangan ini tidak ditunaikan sama ada dengan sengaja atau melalui paksaan.
Akibat daripada putusnya perjanjian pertunangan itu, mesti ada pihak yang menanggung malu dan perasaan tertipu seperti yang aku alami.  
: hidup mesti teruskan , macam lah perempuan tu seorang saja . insyaAllah , aku akan dapat yg lebih baik . i hope :) - amin-

Thursday, 29 September 2011

c.i.n.t.a b.u.k.a.n.g s.e.g.a.l.a.n.y.a

hey malam jumaat . bosang sgt2 . alonk nk share luahan hatim yg x seberapa ini :)
...Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir.. Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Dan selalunya kita tidak menduga bila datangnya satu perasaan yang digelar cinta itu hadir.. Dan ada satu tika cinta itu datang, kita langsung tidak menyedari hinggakan pada satu saat bila kita lepaskan seseorang.. Di saat itulah baru kita tahu dan sesal tiada gunanya lagi.. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam.. Dan seolah olah dunia tidak adil pada kita.. Memberi kita satu tekanan yang kita rasakan kita tidak mampu untuk ditanggung.. Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu.. Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka.. Kerana jauh mana kamu menjauhi, tetap kamu dalam kehormatanku.. Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku.. Kerana luka dalam sakit merindui itu amat letih dan sayu menyelami hari mendatang. Dan semakin lama jiwa kan lebih sayu.. Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita.. Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNYA akan lebih menjamin dunia dan akhirat . 
pipit >.<"

Wednesday, 28 September 2011

cinttan lah sgt >.<"

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takda, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa   pipit >.<"

Monday, 26 September 2011

hey sahabat ! Assalamualaikum :) hari ni aku nk share about kehilangan . selamat membaca . >.<" 
 "Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan". Itulah kata-kata azimat dari seorang sufi kepadaku satu ketika dulu. Pada masa itu, aku tidak dapat menerima kebenaran kata-kata itu. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kita manusia tidak dapat lari dari kehilangan dalam hidup.

Ya, aku insan lemah dan naif. Kehilangan adalah sesuatu yang asing bagi diriku. Aku tidak mampu untuk menanggung sakitnya kehilangan ketika itu. Aku belum cukup matang untuk mengharungi dugaan hidup.

Tapi, itu dulu. Itu sebelum aku mempelajari makna sebenar kehidupan. Itu sebelum aku merasa pahit manis kehidupan. Aku belum cukup ilmu dan pengalaman untuk menjadi lebih matang.

Kini, aku tidak lagi lemah. Aku tidak lagi naif. Aku mengerti akan pentingnya kehilangan dalam kehidupan. Aku mengerti akan kepentingan rasa kehilangan dalam mematangkan akal fikiran. Aku mengerti akan pentingnya pengalaman kehilangan dalam mengharungi cabaran hidup yang pelbagai.
Ya, kita perlu merasa kehilangan untuk merasa kebahagiaan. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa kebahagiaan yang sebenar. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa nikmat hidup yang sempurna. 



-Wahai mukmin.. Bersabarlah.. Tenangkanlah diri.. Pupuklah sifat redha di hati.. Semoga Allah beri kita kekuatan diri dan ketabahan jiwa dalam menelusuri rasa kehambaan sepanjang perjalanan hidup ini.. Semoga bermanfaat..-
pipit >.<"

Friday, 23 September 2011

18 SX itu normal kew ? >.<"

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu,
dia terus mengusap-usapbatang tersebut,
kelihatan air putih mengalir keluar.
Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu,
hatinya puas dansemangatnya semakin berkobar-kobar,
jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.
Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk
"bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan,
dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu
dan menyedut keluar sedikit susu ...
"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas"
Anak Zamrul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar 
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut.
Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks....jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorangyang normal..Tapi jangan terlebih pikir 18SX jer?ANDA MACAM MANA? pipit normal.....hehe >.<"