I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 28 February 2011

hasil nukilan someone yg nama yg dirahsia kan :)


Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang cukup sifat malahan mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki lain... Ya!! Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki kacak... bukan sekadar kacak malahan mempunyai kebijaksanaan yang ekstrem.... Ujian IQ aku menunjukkan aku seorang lelaki kacak yang mempunyai markah IQ sebanyak 160. 

Berkulit sawo matang, berdada bidang, berketinggian yang sesuai dan berhidung agak mancung... Aku kelihatan agak garang dengan mata merenung tajam,tetapi kerana sifat ceria semulajadiku, aku disenangi kawan dan awek-awek tak kira yang cun atau tak cun. Semasa aku menunggu keputusan SPM, aku bekerja di kilang papan, kerja berat ini menyebabkan badan aku menjadi tough dan wings ototku menyerlah sekalipun aku pakai baju longgar.

Selepas tamat pengajian aku di sebuah universiti terkemuka dunia, aku bekerja yang agak glamer... Berkereta mewah,sekali pun milik agensiku, tapi sudah cukup untuk memikat hati gadis yang cantik dan tak cantik, malahan.. ramai lelaki tak hensem iri hati dengan kehebatan dan kekacakanku... Aku sering mengayakan imej ranggi,berkasut kulit ala koboi (siap ngan rantai tu), berjaket kulit hitam mengantikan kot, mengenakan neck tie berimejkan metallica, jam rantai tembaga, serta berkepala tali pinggang yang lebih besar dari pelempang kebanyakkan awek yang aku kenali. Aku cukup agresif di ofis aku,sehinggakan pegawai atasanku jua dengki dan jaki terhadapku.

Kejakian mereka tidak hanya terhadap penampilan dan mutu kerja yang cemerlang sahaja. Aku sering digossipkan sebagai lelaki gigolo, jantan kabaret,lelaki jalang malahan, aku juga digossipkan sebagai lelaki gay bila mana aku tak melayan cinta beberapa awek.... Bila aku dilihat minum bersama awek yang tak cun... aku dituduh gigolo dan pisau cukur... Jika aku keluar dengan awek cun pula, aku dituduh mengeksploitasikan kekacakanaku untuk memikat gadis jelita... Jika aku dilihat berhemah dan bersopan-santun dengan wanita-wanita tua yang kebanyakkan bergelar datin,mereka menuduhku sedang memasarkan khidmat gigoloku....

Awek cun merasakan aku terlalu hebat untuk mereka, awek tak cun pula mengatakan aku jual mahal... Suami-suami pula sering menjeling tajam bini-bini mereka takut bini terpikat ngan aku... dan mak-mak bapak yang ada anak perempuan sering menyorokan anak mereka bila aku bertandang ke rumah mereka... takut anak mereka lari ikut aku... Yang ada anak-anak dara sunti pula menjerit-jerit suruh masuk ke rumah bila melihat aku memerhatikan anak-anak mereka bermain di laman... mungkin mereka takut aku seorang lelaki kacak yang gila seks ganas dan sadis seperti pembunuh nurin.

Oh dunia!!!! Salahkah aku menjadi lelaki kacak yang hebat??? Apa yang harus aku lakukan sekarang??? Usiaku sedangmemanjat tangga ketuaan, umurku telah lama melepasi zaman remaja.. Tapiaku masih di sini... kekal sebagai lelaki kacak yang hebat... seorangdiri... berkelana di rimba kehidupan nista dan fitnah dunia....namun jauh di sudut hati aku.., aku hanya mampu merintih dan mengeluh sendirian...SALAHKAH AKU?SALAHKAH AKU DILAHIRKAN SEBAGAI LELAKI KACAK YANG HEBAT?Time kasih kerana sudi mendengar..,eh bukan time kasih kerana sudi membaca luahan hati yang tak seberapa ini.

-alonk'toek-

7 comments:

  1. waaaa alonk dalam maksud nya nie

    ReplyDelete
  2. Assalam..:)
    woww2,kacaknye die..:)
    dekatkan diri dgn ALLAH, insyaALLAH kekacakan itu tidak akan dipertikaikan oleh org lain..:)

    ReplyDelete
  3. yup.. Naa sokong aisya cakap...
    kne full pakej kalo nk btol2 kcak.. kacak rupa + kacak lam hati... kan3...

    ReplyDelete
  4. wslam . i will try my best :)

    ReplyDelete