I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 17 November 2011

Assalamualaikum kawang dan selamat malam :)


dah berbulan2 aku x update blog . bz la katakan .. puihh ! bz lah sgt.. hehe . 
tonight aku nk share about menangis kerana cinta . HAHA . semua pernah kot. xkira cinta kt sapa2 . x semestinya menangis kerana cinta disebabkan gf/bf jew. sebab family pon ad kan ? yew lah .. masa kecik2 kita nk robot , ibu x nk beli . hehe. tp menangis kerana cinta akan Allah lah yg kita cari .. kan ? harap kita dapat mengisi masa2 kita yg akan datang dgn mengasihi kebesaranNya :) - amin .  


- Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi menangisi akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan menjamin dunia dan akhirat :)


-Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!."

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis kerana menonton filem hindustan, bukankah itu cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan. 

Dari itu??..

Simpanlah air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
-pipit >.<"