I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 11 September 2011

maruah DIRI :)


pipit nk tanya , kenapa kita harus menjaga maruah diri? mesti ad banyak persoalan yg bermain diminda saudara kan ?
  

Bg pipit , maruah diri sangatlah penting bagi  semua.Tanpa maruah diri maka hilanglah nilai seseorang manusia itu.Jika hilang nilai sebagai seorang manusia,jadi adakah ia masih boleh dipanggil manusia?

Islam sangat mementingkan maruah diri.Sebab itulah umat Islam diwajibkan untuk menutup aurat.Kerana apa?supaya kita dijauhkan dari maksiat,supaya kita tidak menjadi mangsa kepada peragut,perogol dan macam-macam bala diluar sana.Tetapi ada sebahagian tu,Alhamdulilah dah baik menutup aurat tetapi malangnya pakai pakaian ketat-ketat sampai menampakkan bentuk badan.Macam mana tu?
Tetapi menjaga maruah diri ini bukan sekadar menutup aurat semata-mata.Contohnya menjaga maruah diri dari segi pergaulan,percakapan,tingkah laku dan lain-lain.
Tujuan kita diwajibkan untuk menjadi maruah diri adalah supaya kita dijauhi daripada maksiat.Contoh yang paling sesuai di ambil adalah golongan remaja kita.Mereka seperti seoleh-oleh tiada perasaan malu,tiada perasaan takut,hilang maruah diri kerana cinta.Adakah mereka tahu apakah itu cinta?jika ditanyakan pada saya apa itu cinta,saya tidak mampu menjawabnya kerana saya tidak tahu apa itu cinta.Bercinta-bercinta jugak,janganlah sampai melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya.Walau sayang manapun kita pada seseorang jangan sesekali kamu menjual maruah kamu kerana cinta.
Memanglah maruah itu tidak dapat dilihat dan disentuh tetapi kita boleh merasai bahawa maruah itu wujud dalam diri kita.Sifat yang paling hampir dengan maruah adalah malu.Jika perasaan malu itu masih tersemat dalam diri,Insya-Allah maruah diri akan sentiasa terpelihara.Amin.


Yang benar adalah dari pencipta, Yang silap adalah dari yang dicipta ! *makan angin kt sabah , jom kita berubah :) - pipit >.<'

No comments:

Post a Comment